hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

01 October 2012

pakcik nyan ~ 2

disebalik pokok tu rumah pakcik nyan

ni la rumah pakcik nyan.

tandas pakcik nyan

kami parking kereta kat sana.

jalan ke rumah pakcik nyan  yang sangat mencabar!


assalammualaikum..
ni la keadaan pakcik nyan.

saya fikir,
Allah temukan kami dengannya untuk kami bersyukur.
Untuk kami menilai betapa bertuahnya kami.
Untuk kami bersyukur dengan apa yang kami ada.
Untuk kami membuka mata hati.
Untuk kami sentiasa rasa disayangi olehNYA.

Jadi, perlukah kami merungut bila sedikit 'kesenangan' ditarik olehnya?
perlukah kami merungut bila sedikit 'keenakan' dunia ditarik olehnya?
perlukah kami merungut?

allah berinya rezeki anak yang melapangkan dada.
walaupun anaknya tak seperti anak orang lain,
hanya bertinggung melihat ayahnya mengikat tali kasut,
hanya membonceng motosikal ayahnya,
hanya tersenyum bila ditanya soalan.
tapi itulah yang melapangkan dadanya.
sentiasa ada disisi.
sentiasa ada.
sebagai peneman.
dan saya agak pasti,
dialah peneman hingga ke akhir hayat.

dimata saya, istimewanya pakcik nyan,
dia tak pernah mengeluh
dia tak pernah bercerita tentang kesusahannya
dan seperti biasa..
dia akan pakai baju terbaik yang dia ada setiap kali kami melawatnya!

itu cukup untuk menggambarkan kami diraikan!!