hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

31 October 2012

Nama

Assalammualaikum..

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal nama. Haaaa... macam boring kan? Ala...baca la dulu, baru tau boring ke tak.. :)

Okey, mula dengan ayah.

Sebelah ayah tak ramai. Ayah anak tunggal.
Nama chaq    : Ishak Bin Jaya
Nama tok      : Jam Bt Jahaya.

Pendek je nama arwah chaq & tok. Nama ayah chaq & tok pun nak sama je.. Dulu saya selalu je keliru. Ni pun saya main agak2 je.. muahahahha..


 Dulu saya pernah tanya tok, camna boleh letak nama ayah Mohd Shobri. Tok cakap, bidan yang sambut ayah yang suruh buh nama tu, tok ikut je....

Camtu je! Senang sungguh..

 ;)
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keluarga sebelah ibu besar. Ibu anak ke3 daripada 5 orang adik beradik.
Nama tok wan  : Abdul Rahman Bin (saya tak ingat) 
Nama tok         :  Wan Ma Bt (saya tak ingat)  aloo..tak ingat la pulak! sorry yek

Nama paklong : Badrishah
Nama bibik     : Suriati
Nama ibu        : Fudziyah
Nama pakcik  : Ambarshah
Nama Paksu   : Hariri

Tak ada persamaan langsung kan. Orang dulu-dulu mana ada ingat nak letak nama bagi sama macam orang sekarang ni kan..



Badrishah + Rechine    :  
Mamat, nama dalam ic tak ingat..hehe.. Merissa tapi kami semua panggil dia  Lily..  Vivi Elissa kami panggil Echa..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suriati + Ahmad Rajee :  
 Ahmad Izumi, Ahmad Iriawan, Indra Maya, Indra Mawar, Indra Bayu

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fudziyah + Mohd Shobri :Afrida, Fidayu, Mohd Amirul, Dazita
 
Persamaan nama kami ialah 6 huruf. Ayah nak semua anak2 ikut dia, 6 huruf cukup! tak nak lebih2. Bunyi lain takpa, asalkan hurufnya sama. Kecuali lelaki, Mohd tu tak termasuk la kan..

Ibu nak letak nama kakcik Afrida Indra Yana. Nama kawan indon ibu masa kerja kat Singapore dulu. Tapi ayah tak mau panjang2, so ambil yang depan je la.

Saya pula, ibu cakap zaman tu ramai yang letak nama Idayu, ibu pun nak nama anak dia ada ayu kat belakang, tapi dia olah sendiri, so jadi la Fidayu. Senang je kan.

Ibu cerita, Mohd Amirul tu adalah nama yang diperuntukan untuk saya jika saya lelaki. Masa yon lahir tu, ibu lupa nama amirul tu, punya la pikir ngan ayah, nak ingat balik. Disebabkan tak ingat, ibu dan ayah dah setuju nak letak nama Mohd Eizani (ingat2 lupa ni), tapi dah rezeki, masa ayah dok pakai seluar nak gi daftar nama, tiba2 ibu teringat nama Amirul tu. Sooo..jadilah Mohd Amirul.

Dazita pula ibu ambil nama pengarang. Ibu baca surat khabar dan kat bawah tu ada tertulis nama pengarang. Terbekenan dan jadila nama si bongsu yang gagah tu Dazita. hehe..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ambarshah + Wati (saya tak ingat nama penuh) :  Melati, Delima, Aqa
Cukup 1 pokok. Bunga, buah dan akar.. hehe..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hariri + Fara Diba :  Indah, Hamka, Zia Al - Attash, Al - Ikhlas, Widuri
Ni semua nama2 yang sempoi. Paksu memang pandai pilih nama.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelbagai kan nama2 kami ni. Kalau perasan, sorang pun tak ada nama Nur, Siti, Nurul dan lain2 nama depan yang kebanyakan orang melayu letak! Rasanya disebabkan itu kami semua masa zaman sekolah kena duduk depan sebab dalam senarai nama kelas, kami orang yang dihadapan.

No pendaftaran SPM saya 007 tau!! Dah macam minah bond dah! :)




4 comments:

zuriati zainudin said...

dlm ramai2 kwn yg i kenal nama kaum kerabat u yg plg unik..serius x tipu..i plg suke nama adik bradik melati,delima,aqa...unik yg amat2 sgt hehe

fidayu mohd shobri said...

hehehe..kan.. memang lain.. org lain nama berjela2,yg ni kemetot2 je. senang nk ingat

Anonymous said...

nampak sgt awak tak ingat sejarah.bukan Idayu,tapi Pidayu.ibu kata ada org nama Pidayu.tp ibu rasa bunyi Pi tu kasaq..jd ibu ubah boh Fi..bunyi lembut sikit n sama huruf mcm ibu....pastu yon tu bibik g nama...tp ibu ngan ayah lupa masa nak p daftar dia.betoi2 nak keluaq umah br ingat nama mohd amirul tu...klu dak,boh mohd eizani(xtau eja yg betoi)sempena nama watak hero dlm drama radio ibu dok dgr dulu2.inspektor ezani...

fidayu mohd shobri said...

memang bibik bg nama,tp dah masa sy lahir tu saya gurl,so takan nk buh nama amirul kan..