hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

16 October 2012

Kompromi






assalammualaikum..

Kompromi.

Saya rasa perkataan tu sesuai dengan situasi saya sekarang ni. Sesungguhnya saya tak suka dinding rumah saya dihiaskan dengan kereta-kereta tu. Adooii... dah rasa macam masuk kedai alat mainan dah! Saya rasa sangat tak sesuai bila ruang tamu dihiaskan sebegitu.

Lagi satu yang buat saya tak suka, bila budak-budak nampak, dah tentu-tentu la mengamuk nak mainan tu. Nak salahkan budak-budak pun tak boleh, sebab dah memang lumrah budak-budak memang suka mainan. Hemm..

Cara susunan rak tu pun saya tak bekenan, kami dah berbincang sebelum rak tu dipasang, tapi bila siap, lain pula jadinya!! eeerrrrrr....

Tu tak masuk bab cermin lagi. Saya cakap kat suami, abang..nanti-nanti la kita letak, ayang tak ada idea lagi nak letak mana. Tapi sebab tak sabar sangat nak lekatkan, itu la jadinya..

Redha aje la..

Saya kena @ harus @ terpaksa kompromi dengan beberapa situasi. Ada perkara yang dia kena ikut saya, ada perkara yang saya kena ikut dia! So, itu dikira adil la kot..

So..bila mata rasa tak damai bila tengok kereta tu, saya terus tengok bunga saya yang mendamaikan tu. Secara automatiknya hati akan berbunga. Habis!! Selesai masalah.

Dan.. Sesungguhnya itulah yang dinamakan perkongsian hidup.

:)

limited edition katanya! kena simpan dengan kotak baru lengkap ye!!

hemm...


2 comments:

zuriati zainudin said...

kikiki..xpe ok la tu unik..

fidayu mohd shobri said...

terima aje la...