hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

13 September 2012

Kerja lama

Semalam saya mengemas rak buku. Nama je rak buku, tapi macam2 ada. Semua jenis surat, dokumen, fail saya letak kat situ. Masa saya selak satu-satu surat tu, ternampak surat tawaran kerja kat tempat lama. Surat tahun 2007,2008,2009 dan 20010. Surat sambungan kontrak. Dengan surat2 tu la saya dapat beli rumah. Bukti mengatakan saya dah lama bekerja. J alhamdulilah.. sayang  nak  buang, tapi kalau simpan pun nak buat apa kan. So saya lepaskan surat-surat tu. Buang surat tak bermakna saya lupa! Banyak sangat yang saya belajar kat tempat lama.
Nak cerita sikit la pasal pejabat lama.
Ok,
Pejabat lama saya Pejabat Pembangunan Negeri Perlis,  Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan,(ICU) Jabatan Perdana Menteri! 
Lepas beberapa bulan  kerja, saya kena gi HQ, pi ngan bos, so takde la takut sangat. Bos kan ada, saya follow  je! Teruja!!!!!! Dalam hati ni ‘bestnya..walaupun pejabat pak lah tak tau kat mana, dapat masuk hujung-hujung bangunan pun kira ok!’ hehehehe… 
lenguh gak kaki nak sampai ke dewan. Tapi tetap senyum.. 1st time kau! 


Saya sempat gi HQ beberapa kali je. Seingat saya, 3 kali dengan bos, 3 kali sorang diri dan 1 kali gi jamuan hari raya. Tu je.  J Tapi bagi budak kampung macam saya ni, tu pun dah membahagiakan! Pengalaman yang best walaupun hati dup dap dup dap nak masuk meeting!
Masa kerja sana jugak mengajar saya berdikari, kena gi meeting sorang-sorang. Takut dan cuak! Tapi nasib baik adik saya ada kat banting. Kuasa vito sebagai kakak digunakan sepenuhnya!
‘yon, ambil  ateh, jangan lamabat!’
‘yon, hantaq ateh pi pejabat besok’
Hehehe..
Tapi mula-mula je dia layan, pastu kena gi sendiri. Dia ada kerja. So, teksi jadi peneman. Kat perlis mana ada naik teksi.. tapi layan gak la naik teksi. Pakcik tu pun ramah je.
Al-kisahnya, saya anggap saya bertuah, dapat kerja kat situ, dapat jumpa ramai orang dan yang paling penting dapat masuk  bangunan JPM!
Nanti dah ada anak cucu, nak kena cerita ni..
‘cu..tok dulu dah masuk dah bangunan tu, cu belajar rajin-rajin ye, mana tau boleh jadi PM, boleh tok masuk pejabat tu lagi, nak tumpang duduk atas  kerusi je, nak rasa empuk ke tak kerusi tu’ JJ 

1 comment:

zuriati zainudin said...

hmmm i rasa rugi sgt x dpt baca email cinta pandang pertama yg Datuk KP pun reply tu :)