hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

04 September 2012

kakak, senyum la..

assalammualaikum..

kemarin ada seseorang msg saya time rehat, dia minta tolong saya semak permohonan yang dia buat.(dia buat banyak simbol smile dlm msg tu)  saya langsung tak kenal. mana dia dapat no hp saya pun saya tak tahu. saya balas msg dan maklumkan saya akan serahkan permohonan dia kepada bahagian yang berkenaan.

habis je rehat, saya serahkan permohonan dia kepada bahagian yang berkenaan. lepas 5 minit bahagian berkenaan maklumkan kepada saya apa yang perlu saya maklumkan kepadanya. saya call dan maklumkan kepada dia. dia menjawab dengan nada sangat sopan. ramah sekali, kami bercakap macam kami kenal lama!

lebih kurang 15 minit kemudia, saya dapat msg lagi. katanya dia ada di kaunter. dalam hati
--alahai, kakak.. bagitau je kat kaunter tu, anda akan dilayan sebaiknya, tak payah kenal orang dalam untuk mendapat layanan 5 bintang. kami kat sini sentiasa bagi layanan 5 bintang kepada semua pelanggan tau!--

saya pun maklumkan kat bahagian berkenaan.

5 minit kemudian, ada orang nak jumpa saya di kaunter. ( bukan kakak yang msg saya tu )

saya pergi ke kaunter dan melihat kakak tu, saya tak tegur sebab saja nak tengok riaksi dia, lagipun dia tak kenal saya.

mukanya sangat sombong!

sambil saya berurusan dengan pelanggan, saya pandang kakak tu, ingatkan nak tegur dia, tapi dia langsung tak pandang saya walaupun saya duduk berdepan dengan dia.

wajahnya masam.

dengan kawan saya yang melayan pun dia tak senyum.

takpelah..


dalam 10 minit, dia msg saya lagi. dia ucap terima kasih sambil buat simbol smile :) :)

saya rasa dia cuma senyum dalam msg!






tengok adik-adik ni, senyum je..

No comments: