hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

13 September 2012

CV

assalammualaikum..

semalam masa saya kemas2 tu, saya jumpa cv lama saya yang bercopy2 tu. kisahnya, saya dah putus asa nak minta kerja, letih tau asyik update cv je tapi kerja tak dapat2. asyik update kat umoq pulak tu!!!  tension! sampai 1 tahap, saya dah takmau minta kerja, takmau isi borang, takmau update dalam spa dan takmau buat apa-apa. saya kata kat suami, nak jadi petani. nak usahakan ladang. nak sewa tanah dan bercucuk tanam! suami langsung tak sokong. dia meragui kemampuan saya! semalam banyak gak nota2 pasal pertanian yang saya buang. kenangan semua tu! impian nak jadi jutawan petani. -paklah la ni yang menghasut akal fikiran saya..hehehe - :) saya pernah tanam pokok jarak tau. pokok yang dikatakan untuk buat minyak tu. tau?? kalau tak tau google la sendiri yek! dan hasilnya 5kg berat badan saya kurang semata-mata siram pokok jarak tu! tu aje la hasilnya, pokok tu last2 ayah tebang. tak menjadi usaha saya tu. takde rezeki. 

berbalik cerita pasal cv tu, saya bukannya rajin sangat nak buat cv, tapi disuatu hari yang hening, saya 'buat geram'. saya buat 5 salinan cv siap binding. kiranya kalau nak guna nanti, cabut je. tak payah ubah-ubah dah. kononnya nak pos cv tu kat Unimap, kat Uitm, jkr, kat mana2 aje la! tapi, 1 pun saya tak pos.simpan je.. kesudahannya saya buang semalam.. heeeemm.. <jangan ikut perangai saya ni>

saya bertuah sebenarnya, saya ada kawan-kawan yang belajar bab2 HR ni. so, cv saya dipantau 100% oleh kawan saya, sampaikan pernah sekali tu saya lekat gambar tersenget sikit. betul-betul sikitttttttt. sekali pandang memang tak nampak, tapi dia suruh saya buat semula! yang tak smart jangan hantar! itu melambangkan identiti diri kita, so, gambarkan diri kita sebaiknya.. heeeeeemmmmmmmmmmmmmmm...saya pun ikut aje la.. 

so, kepada adik-adik yang terbaca, kalau nak buat cv, buat yang terbaik. lambangkan keperibadian anda sebaiknya. pastikan cv kemas, bersih dan yang penting jangan ada salah ejaan! 1 lagi, rujukan tu jangan la letak kawan-kawan, letak la orang yang berkaitan. paling senang letak pensyarah masa belajar dulu. bukannya apa, saya pernah jumpa satu cv ni yang letak kawan dia yang bekerja sebagai pelayan di pizza. aduh..sangat tak bijak. 

nampakkan cv kita koprat. tapi ingat, ikut kelayakan. penemuduga boleh tahu kita copy dari orang atau buat sendiri tau. so hati2.
 
saya pun tak pandai sangat, sekadar berkongsi..

No comments: