hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

05 September 2012

cita-cita tak kesampaian

 assalammualaikum..

setiap kali saya rasa malas kerja..saya akan membayangkan cita-cita tak kesampaian saya! cita-cita yang saya nak, sangat kecil. saya nak buka kedai kecil yang comel. nak berniaga. jual sarapan. saya nak buka kedai kopi. macam dulu-dulu punya kedai. kopi, roti dan telur separuh masak. saya tak nak macam kopitiam sekarang ni. yang tu dah dimodenkan. tak best.

kopi kat kedai saya nk guna kopi kampung yang buat sendiri tu. haaa...yang pekat tu.. sedapnya! keaslian terjamin :D

roti pulak dengan kaya buatan sendiri. wahh..bestnya..

kat kedai, nak buka lagu-lagu lama je.. lagu yang boleh tenagkan fikiran.. meja dan kerusi pun nak yang jenis lama. macam kedai zaman saya kecil dulu. yang ada corak celoreng tu. ada warna kuning tanah.

kedai saya buka seawal 7 pagi dan tutup 11 pagi.. berniga waktu puncak je.

bestnya kalau dapat buka kedai camtu.

berangan memang best!


memandangkan zaman dah berubah, dapat buka kedai macam gambar sebelah ni pun okey je..

bawah pokok, ada 5 meja makan. nampak je macam takde orang makan, tapi hakikatnya ramai yang bungkus dan kalau waktu puncak, siapa lambat makan berdiri. :)

amboi...berangan mengikut selera memang terbuai!

tapi mesti ramai yang cakap, tu je impian awak? tak bestnya! kecilnya! orang kalau nak berangan, cipla la cerita yang lebih menarik, jadi jutawan ke, buka kedai gedabak besaq ke.. ni nak buka kedai kecil, jual sarapan pulak tu! tak menarik langsung! camne nak pakai kereta besaq kalau kedai 5 meja je?



kalau pakai kereta besaq tapi hati tak tenang pun buatpe kan?

kalau rumah besaq tapi tidur tak lena pun buatpe kan?

kalau tv 50" tapi masa nak tengok pun takde, buatpe kan?

bagi saya sederhana ialah cara terbaik untuk hidup. tak bermakna kaya tak best ye.. kalau kaya tapi bahagian, itu kebahagiaan dunia yang tak ternilai harganya.

:) saya suka kehidupan yang tenang dan simple. sebab tu saya kerja kat perlis yang permai lagi mempersona ni. so, cita-cita saya selari la dengan jiwa saya.

ecewah...

tapi mana la tau, kot-kot nanti-nanti saya diberikan rezeki dan ilham untuk buka kedai kopi seperti yang diidamkan! rezeki allah mana la kita tau kan..


doa ye, semoga saya dimurahkan rezeki :)



1 comment:

munirah said...

insyallah ayu..chaiyook!!..apapon setiap impian perlu disusuli dgn usaha aminnn...truskn usaha hehee