hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

14 September 2012

bersyukur saat diuji


assalammualaikum..

saya baru selesai membaca buku bersyukur saat diuji. saya ambil masa yang lama untuk menghabiskan buku ini. secara peribadinya, buku ni sangat berat untuk saya. buku ini sarat dengan ilmu yang sangat berat untuk saya 'pikul'. selesai membaca 1 bab, saya akan berhenti. berhenti untuk mendalami setiap ayat di dalamnya. saya fikir, mungkin inilah bezanya fikiran pemilik phd dan diploma. bahasanya sangat 'tinggi', senang untuk dibaca, sukar untuk dimengertikan. lagipun saya ni memang slow sikit. :)

buku ini tepu dengan nasihat, teladan, nilai2 yang perlu ada bagi umat islam dan yang paling menarik, buku ini sangat rapat dengan saya. banyak ayat2 di dalamnya 'terkena batang hidung' saya. :) benar! 

buku ini mengingatkan saya tentang dosa, pahala, neraka, syurga dan mati. 





bab yang paling saya suka ialah ujian isteri.

 'suami itu adalah anugerah allah untuk kita mendekati diri kepadaNya. kita dan suami tidak mempunyai hubungan yang mutlak. nanti bila kita menghadapNya, kita akan pergi berseorangan tanpa suami.'

oh! kata-kata ini sangat terkesan untuk saya. 



bacalah buku ni, mudah mudahan ianya akan mendatangkan kebaikan, insyallah..






**tq puan munirah sebab pinjamkan saya buku ni :)

No comments: