hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

08 August 2012

mood lagu raya!

assalammualaikum..

saya sedang buat kerja sambil dengar lagu raya yang merdu-merdu ni..
tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak kan..

tak ada apa yang paling membahagiakan selain daripada hari raya! nak tidur pun tak boleh oooo!! asyik teringat besok nak raya! tambah-tambah bila baju dah siap iron.. tidur sambil senyum okey :)

dan yang paling best bila ibu kata 'OKEY, DAH TAK PAYAH BANGUN SAHUR, TAPI KENA BANGUN AWAL, NAK SEMBAHYANG RAYA' yeaaaa.... itulah ayat yang ditunggu-tunggu!!

pagi raya ibu kejutkan pun senang je nak bangun. saya dan adik beradik dah diajar untuk solat sunat hari raya. kiranya memang tak ada masalah la untuk bangun pagi, mandi n siap sedia dengan baju raya!

rasa macam nak jadi kanan-kanak je..
itulah nikmat yang ALLAH bagi..

kebahagiaan zaman kanak-kanak ialah keindahan yang takterucap..

:)

No comments: