hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

13 August 2012

berbuka puasa ~ anak yatim


Assalammualaikum..

Alhamdulilah saya berkesempatan untuk berbuka puasa dengan anak-anak yatim. ada yang tak ada ibu.. ada yang tak ada ayah.. kesian sangat..


 tabahnnya mereka.. saya kira mereka adalah insan yang sangat kuat..dan  mungkin mereka tidak sedar tentang kekuatan mereka, mungkin mereka rasa mereka banyak kekurangan, mungkin mereka rasa mereka kosong..

saya berdoa semoga suatu hari nanti mereka menyedari yang mereka disayangi oleh ALLAH.. kerana itu mereka diuji sebegitu. ALLAH nak mereka dekat denganNYA..

"YA ALLAH,
semoga mereka akan bahagia untuk selama-lamanya..
kau lebihkan nikmat-nikmat mu kepada mereka.."

saya bertanya 'ada tak orang buat kenduri KFC?'
dijawab ramai-ramai dengan nada bahagia 'ada-ada..tapi lama dah. tahun ni takada lagi'

'kat sini best tak?'

'best-best'

'ada tv?'

'ada, tu (sambil tunjukkan sudut tepi, ada tv 18 inci)'

tv 18 inci untuk 22 orang kanak-kanak.

'waktu solat tak boleh tengok tv'
alahai, langsung xada masalah. tak tahukah mereka diluar sana, kanak-kanak lain dah tak tengok tv sebesar itu. kanak-kanak lain main game pun guna tv 42inci!

itulah kelapangan dan kebahagiaan yang ALLAH berikan.










semoga mereka berjaya apabila dewasa kelak.

1 comment:

zuriati zainudin said...

sedihnya..tiba2 teringat pada Ahmad dan Fizi..semoga Allah lindungi hdup mereka