hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

14 July 2012

tiada akhirnya~bab 1

assalammualaikum..

jika dikenang 5 tahun lepas, tikamana saya dan suami baru mendirikan rumah tangga, masih terbayang tv 14inci yang menjadi peneman di rumah sewa. sekadar ada. memecah kesunyian. perkahwinan diusia 23 tahun bukan sesuatu yang mudah. dari situ kami melangkah dan mendaki. setapak demi setapak. setangga demi setangga. seterusnya kami membeli tv di pasar malam. barangan terpakai yang masih utuh dimata kami. 29ini! cukup besar jika dibandingkan dengan sebelumnya. senyum lebar saya, tanda kepuasan. walaupun barangan terpakai, ianya cukup membahagiakan.

sederhana. saya kira itu perkataan yang tepat bagi saya dan suami. kami hidup sederhana dengan cara kami. sederhana dimata kami. sekadar mengikut kemampuan.

entah apa tanggapan orang lain. tapi biarlah, kami selesa begini. kami bahagia begini.

saya ingat lagi..
ketika itu, suami belum memiliki motosikal. berulang alik dari rumah ayahnya menaiki basikal usang milik emak. basikal yang digunakan untuk membeli barangan dapur dijadikan pengangkutan utama suami berulang alik. bukan tiada kereta, tapi keretanya untuk saya berulang alik ke tempat kerja. keselesaan saya menjadi keutamaan. TL9716 dipandang sebagai 'sahabat' yang sangat disayangi. hingga kehari ini, jangan diusik TL. kenangan indah katanya. saya biarkan saja. kerana itu cinta hatinya.

saya ingat lagi..
Allah melimpahkan rezeki pada tahun pertama pernikahan. DIA beri rezeki untuk kami merasa. DIA beri rezeki untuk kami tersenyum. DIA hadiahkan kami kegembiraan. dipermudahkan segalanya. wajah suami tikamana memberitahu keuntungan dalam kerjanya merupakan suatu kenangan indah. wajah ceria itu masih utuh dalam ingatan.

saya ingat lagi..
dihadiahkan kepada saya kalungan emas. sebagai tanda kasih sayang katanya. dihadiahkan motosikal untuk dirinya sendiri. dilengkapkan TL sebaiknya. 

perkongsian hidup kami bukan bermula dengan kemewahan. kami sekadar budak kampung yang ada impian. selagi adanya ALLAH, saya percaya kejayaan akan ada. asalkan kami tak melupainya.




bersambung...







2 comments:

zuriati zainudin said...

serius touching...nk amik jdi panduan..

munirah said...

tak sabar tunggu citer seterusnya :)