hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

30 July 2012

roza rolan~impian abadi

assalammualaikum..

buku impian abadi ialah impian saya. saya kira saya antara yang terpilih bila email tempahan buku saya berbalas. alhamdulilah.. tersenyum lebar saya membaca email memaklumkan buku telah dihantar.

besoknya saya menerima impian abadi. seharian saya senyum simpul! bahagia :D

buku ini bercerita tentang penulisnya. kehidupan biasa yang turut dilalui ramai manusia. yang membezakan hanyalah cara kita bersyukur. secara peribadinya saya berpendapat ibu dan bapa penulis sangat pandai mendidik anak. corak yang dikenakan sangat indah. mereka melentur anak dengan baik sekali.

hingga menjadi manusia yang sangat bersyukur. sentiasa mengingati ALLAH. AL-QURAN, DOA, RASA SYUKUR, dan nilai-nilai murni lain terpahat di dalam diri penulis, hasil didikan ibu dan bapanya  HEBAT! mereka membesarkan umat akhir zaman dengan CEMERLANG. jika tidak diasuh sebaik ini, mungkin MKI pun tak seCEMERLANG ini. benarlah apa yang pernah saya baca sebelum ini 'isteri yang soleh ialah nikmat ALLAH kepada kaum adam' .

ceritanya ringkas, senang difahami, senang juga untuk dihayati, malah, senang juga untuk terkesan dihati. bagaimana ya cerita biasa ini mampu memberi kesan yang  MENDALAM

mungkin kerana kita juga merasainya, atau cerinya samar-samar seakan cerita kita. cerita biasa yang dilalui remaja. zaman belajar dengan jiwa bergelora! zaman remaja! sarat dengan pelbagai rasa. entah apa rasanya, yang pasti, manisnya sangat DASYAT! pahitnya bukan KEPALANG! tawarnya sangat PAYAU!  

dungun bukanlah sesuatu yang GANJIL bagi saya. mungkin kerana itu, semasa dicoretkan tentang angin pantai dungun, saya turut merasai anginnya. mungkin kerana itu, saya dapat terasa SILAUAN matahari petangnya, atau mungkin kerana itu saya dapat merasa REDUP pemandangannya.

entahlah.....

yang pasti, saya seolah-oalah berada dipersisir pantai itu.

pantai yang indah sepeti biasa.

seperti selalu.







28 July 2012

roza roslan~

assalammualaikum..

impian menjadi kenyataan!
walaupun tak dapat jumpa, ini pun sangat membahagiakan.
ini juga buat saya senyum lebar seharian.





alhamdulilah..

26 July 2012

mereka..

 assalammualaikum..

di sebalik rumah usang tu, tinggal 2 orang adik beradik. usiannya saya anggarkan 70 hingga 80 tahun atau mungkin lebih.. uzur.. 

si adik (lelaki) menjaga kakaknya yang tak boleh berjalan dan sakit. katanya 'makcik ni tak boleh jalan, dok 'mengesot' ja, sampai pungkoq pun takda dah.' lepas tu dia gelak. 'ishhh..tak malu no dok cita macam tu.'  dia membahasakan dirinya makcik. saya kira sepatutnya saya panggil dia tok. takapalah.

saya senyum je. dia sedang berceritakan tentang penderitaan dia dengan nada bahagia. sangat bersahaja. mimik wajahnya tersenyum manis. tak ternampakpun kesengsaraan diwajahnya. mungkin itu 'kelebihan' yang diberikan olehNYA. semoga saya juga mampu 'kuat' sepertinya, tetap tersenyum walaupun bercerita tentang kepayahan.

ketika saya sedang bersembang-sembang dengan  makcik tu, saya lihat adiknnya sedang menukar kain lusuh yang dipakainya, proses itu bermula dari saya mula bertandang. sangat lama bagi saya. pergerakannya sangat perlahan. satu..satu.. dia menukar kain lusuh dengan kain pelekat baru. saya anggap itu tanda saya diraikan. ;)

'makcik masak macam mana?'

'dia dok masak nasi (sambil menunjukkan adiknya), tapi dia pun bukannya tau sangat, makcik kena  basuh, buh ayaq. dia tak tau aih. masuk guna dapoq kayu, hok nu tak tau nak guna aih'

'oooo..tak tau guna dapoq gas nooo'

'haa..tak reti aih, dok pakai dapoq kayu ja'

'dok makan lauk apa?'

'dulu adik dok pi cari, ni dia pun sakit, tak sihat, sembelit..makan la apa yang ada, tak ada lauk aih.'

saya dah tak nak tanya banyak, saya sedang membayangkan mereka makan tanpa apa-apa. mungkin sekadar 'cukuplah perut kenyang'. terus terbayang menu-menu yang selalu menjadi hidangan saya, sup tulang, KFC, ikan bakar.. bezanya bukan kepalang! sangat bersyukur. terus terdedik 'saya tak nak membazir makanan dah!'

'makcik tidoq ada tilam'

'tak dak, tidok lagu tu ja la'

sayu mendengar. masih ada mereka yang tidur berlapikkan kain senipis daun. sangat berbeza dengan tilam vono  10 inci!! tapi mungkin tidur mereka lebih lena dari kita.. itu saya tak pasti, tapi kemungkinannya ada! 

'dia dok jiruih makcik'

'ooooo..'

 bayangkan macam mana adik lelaki yang kuderatnya sangat minimum memandikan kakaknya. saya anggap itu adalah pengorbanan. pengorbanan yang tidak boleh tidak dilakukan. dan saya anggap itu 'pahala free' untuk adiknya. mungkin di dunia tak nampak keuntungannya, nantilah DI SANA. insyallah..

'tak lama kita nak posa no'

'eh..makcik, besok kita posa dah'

'tu kaaa...nasib baik lagi, tidak ni tak posa dah kami'

makcik-makcik, walaupun uzur nak gak puasa. tak anggap uzur tu satu masalah untuk berpuasa. orang-orang yang sihat ni, sakit sikit je dah mengaku uzur dan tak nak berpuasa.

tujuan saya ialah menyampaikan amanat keluarga. selesai menyerahkan amanat, saya dan sahabat membuat penilaian di dalam kereta. kenapa ye jiran dekat tak bantu? kenapa je anak-anak tak bela? kena ye dia jadi macam tu? kenapa itu..kenapa ini.. banyak soalan yang tak dijawab!

kesimpulannya kami berpendapat mungkin ada kisah silam yang kami tak tahu dan tak perlu tahu, tugas kami hanya membantu sekadar yang mampu. biarlah kisah silam mereka, mereka simpan rapi. atau mungkin lebih elok jika dilupakan selamanya. corak cerita mereka ditakdirkan begitu. siapalah kami untuk menilai..








25 July 2012

perbezaan ISLAM dan MELAYU

assalammualaikum..

berikut ialah perbezaan yang saya fikir ianya benar berkenaan perbezaan anak orang ISLAM dan anak orang MELAYU

anak orang ISLAM akan DIAJAR SOLAT oleh ibu bapanya, manakala anak orang MELAYU tidak akan KENAL apa itu SOLAT kalau cikgu tadika tak mengajarnya.

anak orang ISLAM  selalunya akan tahu MENGHORMATI orang yang sedang bersolat kerana itu ialah RUTIN BIASA IBUBAPANYA, manakala anak orang MELAYU TIDAK AKAN MENGHORMATI  orang yang sedang bersolat kerana dia beranggapan itu bukan sesuatu yang penting, maklumlah, ibubapanya tak pernah memperlihatkan pemandangan seperti itu. CONTOHNYA~ tidak memperlahankan suara tv@radio semasa orang sedang bersolat

anak orang ISLAM akan tahu menghormati AZAN kerana SUDAH PASTI ibubanya mengajarnya supaya menghormati LAUNGAN azan, anak orang MELAYU selalunya TAK PERASAN PUN azan yang sedang berkumandang.

anak orang ISLAM akan menutup AURAT kerana pastinya itu DIAJAR oleh ibubapanya, manakala anak orang MELAYU keluar dengan kelurga pun pakai seluar paras peha.





ini ialah pandangan saya, tidak ada kena mengena dengan yang hidup @ yang dah berada di alam barzah ye..


23 July 2012

sawah


assalammualaikum.

sawah padi ni, setiap masa bila dipandang menawan!




syukur ~2

assalammualaikum..

saya baru je dapat keputusan dari lembaga peperiksaan kementerian kerja raya mengatakan saya LULUS.

alhamdulilah

jom senyum
 :)))

syukur..

assalammualaikum..

hari ni hari ke3 berpuasa dan harap semua OK & bersemagat ye.. kemarin saya dan suami 'meronda-ronda' mencari kabinet tv, kabinet dapur dan almari bj.. dalam perjalanan ke alor staq, kami singgah semua kedai2 yang jual perabot yang kami nampak. pulun kan? hehe..

ada satu kedai perabot, jual kabinet tv yang saya suka. tapi warna hitam, kami nak warna lain.. sedikit kecewa kat situ ye..  kami taknak beli sebab banyak lagi kenai nk gi tengok kan.. al-kisahnya banyak la kedai yg kami singgah, tapi kabinet tv yg awal2 saya tengok tadi gak terbayang2 kat mata ni.. saya pun teringat skill  anak sedara saya si abang afdlin tu. terus saya tadah tangan dan doa

 'ya allah, bagi la kami jumpa kabinet tv yang sama macam yang kami suka tu tapi  nak warna ### dan murah'

lepas je doa, suami berhenti kat satu lagi kedai perabot. dan dengan kuasa ALLAH, kabinet tv yang saya nak tu ada, dan warnanya macam yang saya nak dengan harga kurang RM100!!! alhamdulilah.. skill abang afdlin memang menjadi!

:)
;)

kami pun senyum lebar....dan lebar...dan lagi lebar...

misi ke2 nak cari kabinet dapur @ almari baju. salah satu je! biasa la kan, kena bajet.. ronda punya ronda saya dan suami ternapak kedai kabinet. masa nak masuk tu saya ckp 'abang, macam mahal je kedai ni, takut pulak nak masuk' suami pun jawab ' tu la, abang pun macam segan je, ayang masuk la dulu' ayat nak selamatkan diri!!

saya pun dengan muka tebalnya masuk. mata terus terbeliak tengok ada tertulis

''DIRASMIKAN OLEH DATO' MUKHRIZ B. TUN MAHATHIR''

ok! terus rasa nak keluar!! tak layak kot!

tapi takan la kami nak keluar macam tu je kan.. kami pun buat2 tengok la.. akak yang kerja situ pun macam malas nak layan. agaknya dia tengok kami ni memag tak mampu. takpa la, memang kami tak mampu pun. mahal sangat kot kedai tu!

next kedai, memang best! ikut bajet dan siap ada promosi lagi. cuma bayar rm200 untuk booking. rezeki ALLAH, kedai tu murah 50% daripada kedai2 lain yang kami tanya sebelum ni. so, kami pun booking. jap lagi dia nak datang ukur dapur!

:)

alhamdulilah..semua berjalan lancar, walaupun penat, tapi pencarian hari tu memang berbaloi.

syukur alhamdulilah..



 KABINET SAYA bukan SEPERTI DI ATAS

17 July 2012

solat di masjid al - aqsa


assalammualaikum...

semalam saya mimpi. bersolat di masjid al-aqsa dengan ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya.

alhamdulilah, walaupun tak dapat pergi betul-betul, sekurangnya saya pergi di dalam mimpi.

semoga suatu hari nanti saya dapat menunaikan solat disana dengan aman.

 :)

15 July 2012

cerita dari syurga ~ 1

assalammualaikum..


cerita 1 :  'TEH PENGARUH, SEMAKIN DITEGUK SEMAKIN DIINGATI'. 



manusia diingati kerana 7 perkara. 
1.kerana ilmu pengetahuan, 
2.rekod kejayaan, 
3.pengalaman terdahulu, 
4.kebolehan mencipta keterujaan, 
5.rangkaian yg dikenali,
6.karekternya yang magnetik dan;
7.gerak hati yang mengatakan 'ADA SESUATU YG MENARIK BERKENAAN DIRINYA' 


so, pilihlah cara mana anda ingin diingati




apa kaitan teh dan 7 perkara manusia diingati? nak tahu? baca la sendiri buku ni :)




:)

Assalammualaikum..



14 July 2012

tiada akhirnya~bab 1

assalammualaikum..

jika dikenang 5 tahun lepas, tikamana saya dan suami baru mendirikan rumah tangga, masih terbayang tv 14inci yang menjadi peneman di rumah sewa. sekadar ada. memecah kesunyian. perkahwinan diusia 23 tahun bukan sesuatu yang mudah. dari situ kami melangkah dan mendaki. setapak demi setapak. setangga demi setangga. seterusnya kami membeli tv di pasar malam. barangan terpakai yang masih utuh dimata kami. 29ini! cukup besar jika dibandingkan dengan sebelumnya. senyum lebar saya, tanda kepuasan. walaupun barangan terpakai, ianya cukup membahagiakan.

sederhana. saya kira itu perkataan yang tepat bagi saya dan suami. kami hidup sederhana dengan cara kami. sederhana dimata kami. sekadar mengikut kemampuan.

entah apa tanggapan orang lain. tapi biarlah, kami selesa begini. kami bahagia begini.

saya ingat lagi..
ketika itu, suami belum memiliki motosikal. berulang alik dari rumah ayahnya menaiki basikal usang milik emak. basikal yang digunakan untuk membeli barangan dapur dijadikan pengangkutan utama suami berulang alik. bukan tiada kereta, tapi keretanya untuk saya berulang alik ke tempat kerja. keselesaan saya menjadi keutamaan. TL9716 dipandang sebagai 'sahabat' yang sangat disayangi. hingga kehari ini, jangan diusik TL. kenangan indah katanya. saya biarkan saja. kerana itu cinta hatinya.

saya ingat lagi..
Allah melimpahkan rezeki pada tahun pertama pernikahan. DIA beri rezeki untuk kami merasa. DIA beri rezeki untuk kami tersenyum. DIA hadiahkan kami kegembiraan. dipermudahkan segalanya. wajah suami tikamana memberitahu keuntungan dalam kerjanya merupakan suatu kenangan indah. wajah ceria itu masih utuh dalam ingatan.

saya ingat lagi..
dihadiahkan kepada saya kalungan emas. sebagai tanda kasih sayang katanya. dihadiahkan motosikal untuk dirinya sendiri. dilengkapkan TL sebaiknya. 

perkongsian hidup kami bukan bermula dengan kemewahan. kami sekadar budak kampung yang ada impian. selagi adanya ALLAH, saya percaya kejayaan akan ada. asalkan kami tak melupainya.




bersambung...







10 July 2012

doa afdlin & 'ayat awen'

assalammualaikum..

anak sedara saya yang NO.1 ni  banyak cakap & banyak akal. abang ipar saya ajar dia berdoa kalau dia nak apa-apa. diajarkan supaya dia menadah tangan dan berdoa.

dan antara doa dia ialah..

' YA ALLAH, BAGI LA ABANG TAK SAKIT PERUT '
-masa ni dia sakit perut sangat, sampai nangis2

' YA ALLAH, ABANG NAK IRONMAN '
-abang ipar saya cerita; masa dia tengah main sorang2, dia berhenti dan berdoa (:

' YA ALLAH, JANGAN BAGI ANJING GIGIT ABANG'
-saya suruh dia doa apa yang dia nak minta, tak sangka doa ni yang dipinta (:


anak sedara NO.2 pula sedang belajar. kenakalan belum menyerlah, baru 'tunjuk' cikit2. abang afdlin MENTOR dia! apa yang abag buat, dia pun nak buat.

masa majlis berjalan, dan makteh bz susun cup kek, dia datang sambil cakap

'MAKTEH..NI AYAT AWEN'
- cakap dengan muka semanis-manisnya dan mengusap baju dan sampin yang baru dipakainya.

ayat.. ayat.. 







09 July 2012

kenduri YON

assalammualaikum...

7.7.2012 lepas kenduri yon. majlis bertandang. disebabkan kat melaka saya tak dapat menghadirkan diri, sooooooo tersangat la bersemangat untuk majlis ni!!!

celoteh banyak pun macam boring je kan.. so, jom layan pic!









03 July 2012

induksi-public speaking


assalammualaikum..

kemarin hari public speaking. tahap keketaqkan  naik ketahap maksimum. tambahan peserta-peserta lain dasyat ya amat!! apataknya, gred 45, 41.. dah la tu... kerja pun pensyarah, speaker, pegawai kat bahagian HR, KCS paling ramai... dan tak lupa juga, timbalan dekan pun ada! dengaq jawatan pun dah kecut kan?

saya yang kerdil ni sangat2 blurrrrr...

lepas chat ngan cik bedah dalam fb saya dapat idea nak bercakap pasal bisnes online & ebay. 

saya orang pertama yang ofer diri nak berucap untuk sesi petang. malas nak layan ketaq! so, lebih baik buat awal-awal kan... alhamdulilah semua dengaq dengan penuh minat. dan yang bestnya adik yang depan sekali tu siap nganga!!


adakah dia ikhlas?? hanya ALLAH yang tahu :)

antara tajuk-tajuk yang di'public speaking'kan ialah:

1. emas dinar
2. maa insurans
3. negara mesir
4. sukan memanah
5. memancing udang galah
6. yang ajak melabur pun ada
7. yang promosi bisnes online-dia jual ebook
8.kebaikan FB
9. kisah2 menarik dari FB
10. buang bayi
11. penderaan kanan2
12. kelebihan janggut
13. kehebatan wanita
14. cara membasuh tangan dengan betul
15. 3R
16.langkawi
17.bola
18.cerita pasal daerah yan
19. PBT
20. kisah realiti penyanyi nasyid

dan banyak lagi tajuk2 yang best2...

mereka ni memang kreatif..