hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

09 June 2012

2 tahun lepas

Assalammualaikum..

29.06.2012 ialah tarikh adik lelaki saya akad nikah. 

Saya ingat lagi, 2 tahun lepas, masa dia ambil saya dari airport,(saya ada meeting kat Kl), kami terus pergi beli McD. Bekalan kat rumah, al-maklum la, rumah bujang, dapur gas pun pakai yang kecil je. Dalam kereta,dia bercerita tentang seorang perempuan. Seingat saya dia begitu terbuka bercakap tentang cinta         -Sesuatu yang janggal bagi kami- Lawak pun ada. Sampaikan saya tersedak dan tertelan Mcflurry! Adoi..adik lelaki saya dilamun cinta! Seingat saya juga, sepanjang dia belajar di UiTM, dia langsung tak ada awek. Sebelum ni pun dia langsung tak bercerita, nak tengok dia msg2 pun takde. Yang dia tahu, mengadap PC je. Alahai..dalam kepala saya asyik berfikir, siapa la yek perempuan itu? 

Oh..lupa nak cakap, saya suruh dia diam dan stop bercerita lepas saya tertelan Mcflurry!

Sampai je kat rumah, saya nampak majalah dara. Aiiii...sangat tak sesuai bila rumah lelaki bujang ada majalah dara! Saya pun main agak2 la, 'ni ke budaknya yon?' dia cuma sengeh! 

SAH!! 

'nampak muda sangat ni, umoq berapa?'

'18'

'uit, budak sangat ni'

'ya la, takan saya nak kat orang tua!'

ewah2..gatai kan adik saya tu! Lepas tu sesi soal siasat berjalan. Saya korek satu-satu cerita. Orang mana? Belajar mana? Camne kenal? Dah pernah jumpa ke? Mak dia tau ke? Ibu dah tau ke? Banyak la soalan.

Yang tak tahannya dia cakap dia nak tunang n kawen! Saya terus kerutkan dahi -tanda tak percaya- Waras ke dia ni? Baru kenal dah nak kawen. Bagi ke mak ayah budak tu?

Dengan tenang dan penuh keyakinan je dia jawab 'BENDA BAIK BUAT APA NAK LENGAH-LENGAH'

Wah2.. memang sah tengah gatai ni.

:)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balik je dari KL, bersemangat la saya cerita kat ibu, riaksi ibu  ' la... kesian kat dia teh, kau suruh dia diam. kawan tu tah ke dok tunggu ja nak cerita, kesian anak ibu tu' 

wah2..saya pulak yang kena kan! saya pun jawab 'ibu,cik malu la dengaq dia cita, cik kan pemalu' hehehe..ayat membela diri.

:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

selang 2 - 3 minggu ibu ke KL, kakak yang kat Qatar pun balik. So rumah dia la tempat kami melepak. dan kebetulan, sekali lagi saya ada meeting kat KL.. so, bagai mengantuk disorongkan bantal, laju je saya gi KL.

Sama juga - dia ambil saya kat airport, singgah beli McD, n dia bercerita tentang cinta. Kali ni lagi maju! bercerita menggunakan bahasa 'abang dan 'ayang'!!!!! Dan kali ini saya lebih berhati-hati, saya tak makan Mcflurry, saya pegang je, simpan makan kat rumah! 

Bayangkan kalau saya makan sambil dia bercerita? 

:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang 2 tahun cerita ni berlalu, dah nak nikah pun.
 Rasa macam baru kemarin saya tersedak Mcflurry! 

Selamat menjadi suami yang soleh
-ni ateh tengah malu ni-












4 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

comeinye adik ipaq dia..=)

aziekz said...

Owh tak perasan selama ni just sggah dan bc...

Upenya..kakak ipar irene...:-P

NinaAz said...

Hehehe. Lucu adik akak. :)

NinaAz said...

Hehehe.lucu la adik akak