hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

27 June 2012

my desktop

Assalammualaikum..


semuanya INDUKSI ok!!
baru hari ke 4..

Happy birthday azhad

Assalammualaikum..

23.06.2012 lepas birthday azhad..
kesian dia, makteh bz, kalau makteh tak bz,mesti makteh pi kat dia dah..
nanti kita jumpa ye ayat!!
rindu ayat!

i love u!!








26 June 2012

induksi

assalammualaikum..

saya Fidayu bt Mohd Shobri sedang berinduksi. doakan kecemerlangan saya.



formal kan??
poyo kan??

;D

22 June 2012

Bag



ASSALAMMUALAIKUM..


ADA 2 BAG YANG BERMAIN DIFIKIRANKU..


NO.1

NO.2





DAN SELEPAS FIKIR PUNYA FIKIR PUNYA FIKIR.
 SAYA PILIH.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ALHAMDULILAH...
SANGAT BERPUAS HATI :)
DOAKAN BAG NI TAHAN, TAK JEMU DIPAKAI, TAK JEMU DIPANDANG.



    








                     

                  



20 June 2012

Terengganu

Assalammualaikum..

Terengganu.
Entah kenapa saya cintakan negeri ini. Mungkin pantainya yang mendamaikan. Mungkin juga makanannya. Mungkin juga disebabkan kenangan yang terpahat disana. Kenangan yang tak seindah mana, tetapi cukup manis bila dikenang! Mungkin juga disebabkan persahabatan yang terjalin disana. Persahabatan yang ikhlas. Rapat dalam tempoh yang singkat. Allah menemukan saya dengan insan-insan yang baik disana. Alhamdulilah.

Ada juga insan-insan yang sebaliknya. Mungkin dulu saya anggap mereka ini sangat jahat dan sangat tidak berperikemanusiaan. Tapi hari ini saya bersyukur dipertemukan dengan mereka. Mereka menjadikan saya kuat, mampu menepis masalah dan yang paling penting, mampu bekerja dibawah tekanan. Itu pelajaran yang saya dapat sepanjang berada di sana.

Ijazah tanpa hitam putih! Tak dapat saya 'framekan' ijazah itu.
Mungkin sebab itu pantai-pantai disana sangat istimewa bagi saya.

Suasana dikala itu menjadikan pantai itu tampak lebih indah.

Kali ini, selepas bertahun-tahun saya meninggalkan terengganu, saya kembali. Dengan mereka yang sangat asing. Mereka yang saya tak kenal sejarah saya dan pantai. Mungkin sebab itu pantai disana kelihatan kosong bagi mereka. Mungkin bagi mereka pantai itu sama sahaja dengan pantai ditempat lain.
Kosong.

Saya hanya mampu melihat dari jauh.
Tak sedekat selalu.

Takapalah, mereka tiada kenangan itu. Malah mereka tak faham. Saya akan kembali kesana.

Untuk melepaskan rindu kepada pantai.


tak ada gambar pantai!



Kuantan




   Assalammualaikum..


Baru-baru ni ada lawatan sambil belajar ke Kuantan dan Terengganu.
2 tempat yang bukan asing bagi saya.
Saya tak berminat nak bercerita tentang Kuantan.
 Kuantan bukanlah tempat yang melekat dihati saya.
 Bagi saya ianya sekadar lawatan.
Pantainya tak cukup mendamaikan
hati saya. Bukan mengeluh atau membenci, apatah lagi untuk saya tidak bersyukur dengan ciptaan Allah. Cuma ia bukan untuk saya.













anak biawak!


anak biawk ni suka je masuk rumah!!

sebab dia saya tak masak!!

13 June 2012

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

12 June 2012

Nasi Goreng Daging Mewah

Assalammualaikum..

Pagi tadi ada mesyuarat tapak. Awal, kul 9.30 pagi. Nak keluar makan pun tak sempat, so saya tahan je perut yang tengah lapaq ni. Kami balik ke pejabat dalam kul 11 pagi. Saya terus call kedai makan kat bawah dan order nasi goreng daging & milo ais! Lepas 10 minit, saya turun, pergi ambil gambar projek depan pejabat, dan terus ambil nasi. Naik atas, duduk kat meja dan makan. Saya dibuai kesedapan nasi tu. Pakcik tu memang pandai masak, daging pun lebut sangat! Banyak pulak tu! Berbaloi-baloi RM3.50 yang saya keluarkan.

Hampir separuh saya makan, rakan saya balik.
Dia tegur 'aik, tak makan lagi ke? Tapau je?  Kami pun tak makan lagi, ni pi bank & tapau. Lapaq sangat-sangat ni.'

Saya menjawab 'tu la, lapaq ni'.

Dia duduk dan mengeluarkan 2 biji kuih dari jaket.

Dia makan dan minum air mineral.

Saya terus rasa tak tertelan. Nasi goreng yang mewah tadi tak mampu saya kunyah. Ya Allah..mewahnya rezeki yang kau limpahkan kepadaku. Aku bersyukur kepadamu. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki semua umatmu. Murahkan rezeki mereka.

Saya tak mampu nak makan, atau lebih tepat, tak sanggup nak makan. Saya tutup bungkusan dan simpan. Air milo yang sedap tadi tak terasa kesepannya.

Jika dia perempuan, saya akan hulurkan nasi saya yang mewah itu. Saya akan berkongsi dengannya. Tapi dia lelaki, tak manis jika berkongsi bekalan dengan 'ajnabi'

Itulah kebesaran Allah, DIA nampakkan saya perkara sebegitu untuk saya berfikir dan bersyukur.

zaman paling best -poli-


assalammualaikum

internet laju + tak mengantuk = rajin la nk upload pic kan..

Ok, bagi saya zaman yang paling best ialah zaman belajar kat poli. 
Maybe zaman tu jadi best sebab jumpa kawan-kawan yang best! 
Dalam kelas tu saya sorang je 'gadis' dari PERLIS!
Kebanyakan 'gadis' dari Pulau Pinang @ anak mummy! 
Dari Kedah pun ada gak.
Semua dari utara, sama je bunyi Q kami 

:)

Saya ada banyak gambar2 yang saya sayang sangat, nak upload pun kena tapis, kebanyakan diantara kami sekarang ni bertudung, so tak manis la kalau upload gambar2 lama yg xbertudung kan..

:)






kami serumah.

  
time rumah terbuka hari raya rumah sewa kami

time program anak angkat.








ada yang tak sambung belajar, takat diploma je..termasuk la saya! ada yang sambung ijazah, ada yang dah dapat master! 
semua dah kawen!
walau siapa pun kami, asas kami tetap sama budak POLI-DKA

10 June 2012

tako.

Assalammualaikum..

Siapa pernah makan tako?
Saya suka sangat makan tako, tapi kat perlis tak ada la. Paling dekat pun kat Pulau Pinang tu -dekat ke-

Nak tako! nak tako! nak tako!

09 June 2012

2 tahun lepas

Assalammualaikum..

29.06.2012 ialah tarikh adik lelaki saya akad nikah. 

Saya ingat lagi, 2 tahun lepas, masa dia ambil saya dari airport,(saya ada meeting kat Kl), kami terus pergi beli McD. Bekalan kat rumah, al-maklum la, rumah bujang, dapur gas pun pakai yang kecil je. Dalam kereta,dia bercerita tentang seorang perempuan. Seingat saya dia begitu terbuka bercakap tentang cinta         -Sesuatu yang janggal bagi kami- Lawak pun ada. Sampaikan saya tersedak dan tertelan Mcflurry! Adoi..adik lelaki saya dilamun cinta! Seingat saya juga, sepanjang dia belajar di UiTM, dia langsung tak ada awek. Sebelum ni pun dia langsung tak bercerita, nak tengok dia msg2 pun takde. Yang dia tahu, mengadap PC je. Alahai..dalam kepala saya asyik berfikir, siapa la yek perempuan itu? 

Oh..lupa nak cakap, saya suruh dia diam dan stop bercerita lepas saya tertelan Mcflurry!

Sampai je kat rumah, saya nampak majalah dara. Aiiii...sangat tak sesuai bila rumah lelaki bujang ada majalah dara! Saya pun main agak2 la, 'ni ke budaknya yon?' dia cuma sengeh! 

SAH!! 

'nampak muda sangat ni, umoq berapa?'

'18'

'uit, budak sangat ni'

'ya la, takan saya nak kat orang tua!'

ewah2..gatai kan adik saya tu! Lepas tu sesi soal siasat berjalan. Saya korek satu-satu cerita. Orang mana? Belajar mana? Camne kenal? Dah pernah jumpa ke? Mak dia tau ke? Ibu dah tau ke? Banyak la soalan.

Yang tak tahannya dia cakap dia nak tunang n kawen! Saya terus kerutkan dahi -tanda tak percaya- Waras ke dia ni? Baru kenal dah nak kawen. Bagi ke mak ayah budak tu?

Dengan tenang dan penuh keyakinan je dia jawab 'BENDA BAIK BUAT APA NAK LENGAH-LENGAH'

Wah2.. memang sah tengah gatai ni.

:)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Balik je dari KL, bersemangat la saya cerita kat ibu, riaksi ibu  ' la... kesian kat dia teh, kau suruh dia diam. kawan tu tah ke dok tunggu ja nak cerita, kesian anak ibu tu' 

wah2..saya pulak yang kena kan! saya pun jawab 'ibu,cik malu la dengaq dia cita, cik kan pemalu' hehehe..ayat membela diri.

:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

selang 2 - 3 minggu ibu ke KL, kakak yang kat Qatar pun balik. So rumah dia la tempat kami melepak. dan kebetulan, sekali lagi saya ada meeting kat KL.. so, bagai mengantuk disorongkan bantal, laju je saya gi KL.

Sama juga - dia ambil saya kat airport, singgah beli McD, n dia bercerita tentang cinta. Kali ni lagi maju! bercerita menggunakan bahasa 'abang dan 'ayang'!!!!! Dan kali ini saya lebih berhati-hati, saya tak makan Mcflurry, saya pegang je, simpan makan kat rumah! 

Bayangkan kalau saya makan sambil dia bercerita? 

:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang 2 tahun cerita ni berlalu, dah nak nikah pun.
 Rasa macam baru kemarin saya tersedak Mcflurry! 

Selamat menjadi suami yang soleh
-ni ateh tengah malu ni-












08 June 2012

kebaya??

Assalammualaikum..

Pagi tadi seseorang menghubungi saya, ketika itu saya berada di dalam dewan, mendengar Tazkirah Jumaat. Tajuknya ' Keadaan bangsa arab sebelum kedatangan Islam'. Satu tajuk yang menarik untuk dijadikan pedoman bukan?

Saya kenal no yang sedang memanggil2 tu, saya angkat. Dicorong telefon itu, saya diminta untuk memakai baju kebaya untuk menyambut kedatangan 'mereka' (bukan nama sebenar).

Saya terus menjawab ' pernah ke nampak saya pakai baju kebaya? saya ni dah lama sangat dah tak pakai kebaya, saya memang tak ada kebaya sekarang ni.'

DIA menjawab ' amboiii..alim pulak dah'

Aduh..sebagai seorang Islam dia tak sepatutnya berkata begitu. Saya bukan nak tunjuk alim, tapi saya bercakap benar. Saya dah lama berhenti menyarungkan kebaya. Dulu mungkin sayalah ratu kebaya. Kebaya tradisional, kebaya tutup dada, kebaya bersulam, kebaya labuh.. Semua itu saya ada!

Saya bukan alim, saya cuma nak jadi manusia yang lebih baik. Kalau dulu saya okey je bila menyarungkan kebaya ketat, yang menampakkan susuk tubuh, yang menampakkan letik badan, tapi sekarang ni jika ada lelaki yang memuji mengatakan saya cantik pun saya kurang selesa. Biarlah cuma suami saya yang melemparkan pujian itu.

Salahkah saya berubah?


07 June 2012

Kisah Dauh Selasih

Assalammualaikum..

Tadi saya membaca satu bab di dalam buku BUKAN SEKADAR RESIPI.
Kisah Daun Selasih.
Kisah ini sangat terkesan dihati saya.
Kisah ini menitiskan air mata saya.
Kisah ini menjadikan emosi saya sedikit sayu.

Saya tak bijak menyusun ayat sesopan penulisnya, jadi bacalah sendiri kisah ini.
Saya tak tahu apa yang anda akan rasa, tapi saya agak pasti hati anda akan terkesan.

AMANAH

Assalammualaikum..

Amanah bukanlah suatu perkara yang perlu dipandang ringan. Seorang ayah dan ibu mempunyai amanah yang sangat berat. Bukan sekadar memberi makan, memberi pelajaran, memberi keselesaan, tapi ingatlah.. mewahkan anak-anak dengan ilmu akhirat. Secara peribadi,saya melebelkan anak sebagai harta dunia akhirat.

Sangat sedih apabila melihat ibu bapa yang tidak mencorakkan anak-anak dengan cara Islam. Tak pernah kejutkan anak untuk bersolat subuh. Tak kisah anak-anak tidur ditengah hari tanpa solat zohor. Membiarkan anak-anak bermain tanpa solat asar. Tak pernah mengarahkan anak-anak pulang apabila maghrib. Dan membiarkan anak-anak tidur tanpa solat isyak.

Tak tahukah itulah sahaja hartamu bila roh meninggalkan jasad?

Jadi kenapa nak salahkan anak-anak bila perilaku mereka tak seindah anak-anak yang diasuh dengan ajaran Islam?

Saya sedih bila melihat semua itu.



Saya sedih melihat rumah keluarga Islam yang tak dipasang lampu pabila subuh menjelma. Sunyi.. Tak kedengaran bunyi alunan air untuk berwuduk.

Bahagiakan hidup tanpa Islam?
Berkatkan hidup tanda solat?
Lengkapkah hidup tanpa berdoa?

Bagi anak-anak yang dibesarkan tanpa arahan solat dari ibu bapa, berubahlah.. Bukankan anda sudah cukup besar untuk berfikir? Adakah anda ingin mengulangi kesalahan ibu dan ayah anda? Tak terasa rugikah?

Berubahlah.. Kembalilah kepada Islam.
Solatlah..
Berdoalah..


Jadilah manusia yang boleh dijadikan pedoman. tak mengapa jika tidak hebat, tetapi sekurang-kurangnya berubahlah.

Ingatlah ajal tak lewat walau seminit. Dah bersediakah anda?

sekali lagi saya berpesan, solatlah..

:)

05 June 2012

Nak cuti! nak cuti!


assalammualaikum.

wahai suamiku, bawalah isterimu ini bercuti ke tempat macam kat bawah ni. isterimu ini berjanji akan berlatih berenang setiap hari
:)

nak cuti! nak cuti!


kolam yang paling besar di dunia..



ni pula pantai tanpa laut..

04 June 2012

matang ok

assalammualaikum..

perasan tak blog i dah matang.. takde garis2 bagai..

hehe.. saja je, tetiba rasa nak mematangkan blog :)

blog i,so i punya suka la nak letak bunga ke, garis ke, warna ke kan..

:)














p/s         : tetiba rasa mcm wanita koprat
mood     : alang2 dh koprat, jom jadi calon PRU 

:)

tempayan dan tog susu getah antik

assalammualaikum..

sabtu lepas, saya betul-betul semangat. lepas subuh, saya terus kemas rumah. kul 7 saya dah keluar tanam pokok cili padi & cili burung yang sangat cute! habis je sesi cangkul2 tanah, kini tibalah masa untuk basuh tempayan arwah tok yang sangat saya sayang!! tengok2 aikkkkkk..ada 1 je. mana 1 lagi???? yang tinggal pun retak pulak tu!! terus saya tengok kat tempat saya letak tong susu getah antik arwah chaq.

pprraaanngggggggggg!!! berkecai hati ini.. tak ada jugak!!! sakitnya hati. siapa la yang rembat benda2 yang saya sayang tu??? benda2 tu tak ternilai bagi saya ok!!

saya dah pelan dah nak bawa benda tu kat rumah baru.. nak buat hiasan. nak kekalkan kenangan lama dirumah baru. saya sangat terkilan. saya sangat-sangat terkilan. nasib baik la penimbang lama yang macam zaman-zaman pendekar tu saya simpan kat dalam rumah. kalau tak,mesti kena rembat.

tak ada apa yang dapat mengembalikan semua kenangan indah saya..

kepada yang ambil, awak memang kejam..