hamba Allah

My photo
senyumlah.. insyallah dengan memaniskan wajah, rezeki kita murah.. lagipun senyum kan sedekah..

31 May 2012

pahala

assalammualaikum..

masa meeting kemarin, big bos saya cakap, kerja menyelesaikan masalah orang ni banyak dapat pahala. terus rasa semangat nak bekerja, almaklumlaaaaaaa...kerja saya memang menyelesaikan masalah insan-insan yang mempunyai masalah dalam kehidupan.

oopppssssss...saya bukan kaklong, saya cuma nak tolong. :))

hehehe..ok2, saya cerita sikit pasal kerja saya yek. kalau boring, korang skip je perenggan ni yek. terpulang kepada selera masing-masing.( macam la ramai sangat yang baca blog ni kan?). kalau ada permasaalahan berkenaan perumahan selalunya akan dirujuk kepada saya. antaranya masalah lori projek keluar masuk taman, lori mengotorkan jalan, rumah retak sebab lori asyik masuk, keselamatan anak-anak penduduk tak terjamin sebab lori banyak dan lain-lain masalah.kalau saya nak senaraikan, banyak sangat kot :)

bagi saya penyelesaiannya mudah. sabar. sabar adalah ubat paling berkesan. dan selalunya orang yang buat aduan tu cakap, dah lama kami sabar. dan seperti biasa,selalunya saya akan senyum dan cakap, saya akan selesaikan masalah ni, bagi saya masa. dalam hati saya sebenarnya ada jawapan yang lebih konkrit. ' encik, setiap pembangunan pasti ada baik dan buruknya. baiknya negeri akan maju. akan banyak kemudahan yang akan dibina. buruknya, semasa pembinaan, penduduk sedia ada akan terganggu sepanjang pembangunan dijalankan, biar masa menentukan segalanya. tidak ada kesempurnaan dalam mana-mana pembinaan. sabarlah encik, saya juga pernah mengalaminya. tapi saya sabar dan apabila pembangunan itu siap, saya juga dapat faedahnya. jiran lebih ramai, kedai-kedai pun banyak dibuka.'

saya rasa manusia hari ini makin kurang sabarnya. bahasanya pun makin tidak beradap. maaflah, saya malas nak layan orang yang tidak beradap.

sedarkah Allah sedang menguji encik?
apa guna encik menjadi ahli masjid kalau bahasa yang keluar dari mulut hanyalah bahasa kesat?

sabarlah, saya berjanji akan menjalankan kerja saya sebaik baiknya.
sabarlah, saya akan membela nasib encik jika encik dipihak yang benar.
sabarlah..

dan senyumlah..

2 comments:

zuriati zainudin said...

sabar perkara yg pling susah untuk dilakukan tapi nikmat sabar..ya Allah besarnya smpai xtau nk ckp cmne..sabar itu indah

Mrs. Aisam said...

sape ckp xde org bace..i bace je blog2 u all ok..hehehe....betul ckp zue ayu...aku bersyukur sebab Allah uji aku, sbb selepas diuji, nikmatnye juge xterhingga...alhamdulillah...